Cara ikan air tawar makan umpan
Pok Mud's: Cara ikan air tawar makan umpan
SMS soalan ke 019-3657489
utusan, 2010/04/10
Assalamualaikum Pok Mud’s.
1. Bagaimana untuk mengetahui ikan air tawar makan umpan kerana banyak sentapan mengena badan bukannya mulut?
2. Apakah tangsi yang sesuai untuk pancing kolam sebab yang saya guna selalu kerinting hujungnya. Saiz tangsi yang sesuai?

3. Jenama mata kail yang sesuai untuk kolam air tawar dan saiznya?
Jawapan
1. Kebanyakan ikan air tawar terutama spesies karp akan memakan umpan secara menyedut. Ia tidak seperti spesies ikan bergigi atau pemburu di mana umpan disambar atau ditelan secara rakus. Ikan yang menyedut makanan tidak akan melarikan umpan berkenaan, sebaliknya duduk diam sambil menyedutnya berulang kali jika umpan terlalu besar.
Jika dilihat tabiat ikan ini memakan umpan, ia akan sedut kemudian meluahkannya kembali, sedut lagi dan meluahkan semula. Secara tidak langsung sekiranya umpan dedak digunakan, ia akan mengecil setiap kali ikan menyedut dan meluahkan sehingga saiznya benar-benar mampu ditelan secara keseluruhan. Dalam proses ini, ikan atau umpan biasanya kekal pada posisi, sebab itu pemancing dapati hampir tiada sama sekali pergerakan tali.

Untuk menentukan saat ikan sedang menggerutu umpan, pemancing berpengalaman biasanya memastikan tali pancing tegang dan satu teknik pedoman untuk melihat pergerakan tali turun naik dipraktikkan. Biasanya ketulan kecil dedak dilekatkan pada tangsi di antara cincin nombor 1 dan cincin nombor 2 daripada kedudukan kekili.
Ketulan kecil dedak ini bertindak seperti jarum penunjuk apabila ada pergerakan tali. Sekiranya dedak ini kelihatan turun naik beberapa kali, ia menandakan ikan sedang menjamah umpan. Ambil masa sesuai untuk menyentap joran iaitu ketika tali benar-benar tegang dan mula bergerak keluar dilarikan ikan. Ketulan dedak atau roti akan terlerai sendiri apabila joran disentap atau dikarau tali. Ia tidak mengganggu sama sekali aktiviti memancing tersebut.
Berlakunya mata kail mengena badan ikan bukannya mulut adalah kerana joran direntap bukan pada masa sesuai. Ramai kaki kolam terus menyentap joran membabi buta apabila terdapat tanda-tanda tali pancing bergerak. Kita perlu tahu sesetengah kes, ikan secara tidak sengaja terlanggar tali pancing, bukannya memakan umpan yang kita pasangkan.
2. Kebanyakan tangsi mudah kerinting kerana sifatnya yang mempunyai ‘daya ingatan’ tentang bentuk sebelumnya. Malah teknik dan kemahiran pemancing turut memberi impak kepada mudahnya tangsi berkerinting. Perhatikan jika umpan dipasang tidak betul atau ‘swivel’ tidak berfungsi maka tangsi cukup mudah berpintal ketika kendur.
Ketika menegang, pemancing tidak perasan tangsi menyimpan tenaga ingatannya untuk jadi kerinting dan pintal sebaik saja tangsi dikendurkan. Jadi apa jua jenama dan saiz, implikasinya tetap sama di mana ia akan berpintal jika perkara mengenai peranan ‘swivel’, cara memasang umpan dan teknik memancing tidak didalami dengan sewajarnya.
Sebagai petua pemancing kena pastikan tangsi tidak berpusing-pusing apabila dikarau masuk. Jika berlaku, pemancing perlu memperbetulkan semula tangsi dengan mengeluarkan sebahagian tangsi dalam gelendung dan melakukan karauan semula, tanda ada sebarang beban (swivel, mata kail, umpan atau gewang perlu dipotong) pada keseluruhan tangsi hingga hujungnya. Lakukan dengan mengeluarkan tali ke dalam air kerana ia boleh menangani masalah kusut apabila tangsi dikeluarkan dengan banyak.
3. Jenama bergantung kepada kos yang sanggup dibayar pemancing untuk mendapatkan mutu mata kail berkenaan. Terbaik seperti Gamakatsu, Owner, Mustard, Berkley, Daichi dan sekadar menyebut beberapa jenama. Jenis sesuai ialah ‘octopus’ di mana bukaan mata adalah besar. Kalau boleh tidak kira apa jenama ia mestilah tajam dan kuat. Saiz bergantung kepada jenis ikan yang diburu. Kalau patin contohnya, pakai 1/0 hingga 3/0. Jangan terlalu besar mata kail, kecil pun boleh asalkan kuat dan tajam.
Ulasan
Catat Ulasan