Ikan kecil panggil ikan besar
KAKI pancing wajar mengetahui etika memancing. Misalnya, pemancing hanya perlu mengambil hasil tangkapan yang besar dan diperlukan saja manakala ikan kecil dan tidak diperlukan dilepaskan semula, terutama bagi spesies ikan yang hampir pupus.
Amalan ini bukan sahaja dapat mengekalkan spesies ikan tertentu pada masa depan malah bersesuaian dengan petua orang tua. Selain tidak bertindak kejam ia juga dikatakan akan membolehkan kita mendapat tangkapan yang banyak dan besar.
Menurut Rahmat Mohd Nazim, 36, dari Pekan, Pahang, ada orang tua berpesan jika pemancing dapat ikan kecil, kita perlu lepaskan semula. Jangan dianiaya. "Untuk mendapat ikan yang banyak, kita boleh minta anak ikan berkenaan memanggil ikan yang lebih besar untuk tangkapan kita. Kemudian kita bebaskan ikan itu ke laut. Insya-Allah jika ada rezeki kita akan dapat tangkapan lebih besar," katanya ketika mengunjungi Balai Joran, baru-baru ini.
Menurut Rahmat, ramai yang mengamalkan petua itu pernah mendapat tangkapan lumayan. Walaupun petua ini tidak semestinya menjadi kenyataan, namun yang penting amalan ini menjadikan pemancing lebih beretika.
kakipancing online
Ulasan
Catat Ulasan