Sarang jabut pengubat bisa


SENGAT sembilang sakitnya bukan kepalang. Kata orang tua-tua bisanya akan beransur hilang setelah tujuh kali air pasang dan surut. Tetapi setiap penyakit itu ada ubatnya. 
Pemancing Jamal Abdul Jalil seorang anggota polis dari Balai Polis Setapak Kuala Lumpur ada petuanya. Jamal memberitahu untuk meredakan bisa ikan sembilang apa yang perlu anda lakukan ialah memasukkan jari atau bahagian-bahagian tangan anda yang terkena sengat itu ke dalam sarang jabut (busut-busut kecil berlumpur) berdekatan dengan sarang ketam paya bakau. Biasanya sarang jabut ini banyak terdapat di paya bakau atau di tepi-tepi sungai yang berlumpur. 
Insya-Allah bisanya akan reda, mungkin sarang jabut yang mengandungi cecair lumpur paya itu sejuk dan dapat meredakan bisa serta mengelakkan tangan anda berasa kebas.
kakipancing online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penjelasan tentang zihar

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah