Sunat membaca Bismillah ketika sembelih haiwan


Soalan Agama: Sunat membaca Bismillah ketika sembelih haiwan

utusan 2010/04/18

Soalan: ADAKAH haram hukum binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah? 

Jawapan: Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah…”  

Sebenarnya hukum halalnya suatu penyembelihan tidaklah disyaratkan menyebut nama Allah SWT. Yang disyaratkan ialah jangan menyembelih dengan menyebut nama selain Allah. Contohnya, seseorang berkata, “aku menyembelih dengan nama dewa gunung” dan seumpamanya.

Hukum membaca Bismillah ketika menyembelih adalah disunatkan.

Di dalam kitab al-Muhazzab, Juz 1, muka surat 252 sebagai berikut (yang bermaksud): “Maka jika si penyembelih itu meninggalkan Bismillah, tidaklah haram kerana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah rha bahawa satu kaum daripada orang Badwi ada membawakan daging kepada kami. Tidaklah kami mengetahui apakah mereka menyebut nama Allah ataupun tidak.
Maka sabda Nabi SAW, “Sebutlah olehmu nama Allah ke atasnya dan makanlah.” Wallahualam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penjelasan tentang zihar

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah