Persoalan Agama: Mencintai suami, isteri orang haram
Persoalan Agama: Mencintai suami, isteri orang haram APAKAH boleh seorang perempuan itu mencintai suami orang. Adakah ia dikira berdosa. Salmah Teluk Mas, Melaka SEORANG ulama pernah ditanya soalan seperti yang saudari kemukakan iaitu, "Apakah cinta itu halal atau haram? Lalu ulama itu menjawab: "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram." Ia adalah jawapan yang didasari sebuah hadis yang masyhur iaitu, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas meskipun di antara keduanya itu ada perkara-perkara yang samar-samar yang banyak orang yang tidak mengetahuinya." (Riwayat Muslim no.4178) Di antara perkara yang jelas halalnya iaitu seorang suami menyintai isterinya atau isterinya menyintai suaminya dan lelaki yang menyintai wanita pinangannya juga wanita yang dipinang menyintai lelaki yang meminangnya. Dan di antara perkara yang jelas haramnya iaitu seorang lelaki menyintai perempu...