Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Surat HSNZ

Imej

Petua Sembelih Binatang

1. Jika binatang sembelihan itu gemuk, sembelihlah pada waktu siang. Jika binatang sembilahan itu kurus, sembelihlah pada waktu malam. 2. Kedudukan kaki hendaklah tidak selari dengan leher binatang sembelihan. 3. Jika binatang sembelihan sudah tua atau dagingnya dirasakan keras, letak jari manis di belakang mata pisau. 4. Jika binatang sembelihan masih muda atau dagingnya dirasakan lembut, letak jari hantu di belakang mata pisau. 5. Sebelum sembelih, leset jari manis terlebih dahulu pada leher  binatang. 6. Selepas sembelih, campakkannya ke tanah. Jangan ambil pisau itu. Biarkan orang lain ambil dan berikan semula. 7. Jangan basuh tangan selepas sembelih. Tunggu sehingga ianya kering. 8. Jangan kibaskan kain pelikat semasa hendak sembelih. Kepit kain pelikat di celah-celah peha dengan kemas.

Hilangkan Demam

1. Caranya ialah dengan mengambil beberapa helai daun bunga raya atau daun pokok rambutan.Kemudian meramasnya di dalam sedikit air sehingga air tersebut melekit-lekit. Kemudian, air tersebut di sapukan di kepala. Lakukannya setiap hari dengan beberapa kali. Insyaalah dmem beransur hilang.

Hilangkan Batuk

1. Campurkan sedikit kapur dan air limau nipis. Kemudian sapukan pada leher. Lakukan ini berkali-kali. Insyaallah batuk akan hilang.

Pertama Kali Jadi Bapa

Jumaat, 6/8/2010      Aku di sekolah di SK Bangsar, KL pada pukul 9.15 pagi untuk bertemu kerani pejabat. Tujuanku untuk meminta kerani pejabat menaip surat borang GL untuk isteriku. Sebenarnya aku ingin balik ke kampungku pada hari ini kira-kira pukul 1.00 tengahari dengan bas untuk menemani isteriku beberapa hari di hospital. Apa yang aku pinta, aku dapat. Selepas guru besar menandatangan borang GL, terus diberi kepadaku pada jam 10.30 pagi. Aku ingin berjumpa dengan guru penyelia petang sekolahku tetapi tidak kutemui.      Jam 12.00 tengahari, aku dihubungi oleh isteriku. Dia mengatakan yang doktor akan membuat 'operation' ke atasnya pada hari ini tetapi tidak mengetahui bila akan dimulakan. Aku terus tergesa-gesa menemui guru penyelia petang untuk meminta kebenaran balik ke kampung dengan segera. Setelah diberi kebenaran, aku terus balik ke rumah untuk persiapan balik dengan kereta.     Pada jam 1.00 tengahari, aku terus bertolak balik. Dalam pada itu, aku me

Hari Valentine hari paderi berjaya tumbangkan kerajaan islam

Asal Hari Valentine rai paderi tumbang kerajaan Islam HARI Valentine lebih dikenali sebagai hari di mana sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang yang disambut setiap tahun pada 14 Februari. ASAL-USUL Versi popular berkaitan sejarah Hari Valentine ialah, perkataan Valentine sempena nama paderi besar Kristian zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol iaitu Saint Valentine. Dia disayangi kerana berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi. Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella dan disambut setiap tahun pada 14 Februari oleh rakyat Cordova dengan menamakannya Hari Valentine. PANDANGAN ISLAM ISU SAMBUTAN Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan ‘Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam’. Jawatan kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-7

Sulaiman tolak godaan wanita cantik

Pedoman: Sulaiman tolak godaan wanita cantik SULAIMAN bin Yasir adalah seorang lelaki gagah dan tampan. Suatu hari, dia bersama seorang rakannya berniat ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji. Tiba di satu tempat, singgahlah mereka untuk berehat dengan mendirikan khemah. Sulaiman tinggal di khemah manakala rakannya itu pula keluar membeli barangan keperluan. Ketika bersendirian, tiba-tiba muncul depan Sulaiman seorang gadis cantik seraya berkata: “Beri saya...” Sulaiman segera berganjak mengambil makanan lalu diberikannya kepada gadis itu tetapi alangkah terkejutnya apabila gadis berkenaan mengatakan: “Saya tidak menginginkan makanan. Saya inginkan bahagian daripada lelaki yang biasa dia berikan kepada isterinya,”. Sulaiman tersentak lalu membalas: “Engkau dipersiapkan iblis untuk menggodaku.” Hati Sulaiman cukup gelisah, dia tunduk dan meletakkan kepalanya antara dua lutut sambil menangis. Melihat keadaan itu, gadis penggoda terbabit segera beredar

Malaikat pencatat amalan manusia

Utusan Malaysia Online - Bicara Agama Malaikat pencatat amalan manusia Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI SETELAH Allah SWT menerangkan bahawa antara tanda-tanda kurnia-Nya kepada manusia adalah penciptaannya dalam bentuk yang terbaik . Perkara itu menunjukkan bahawa manusia akan menempuh kehidupan lain selain kehidupan sekarang. Di sana nanti mereka akan diberi balasan atas segala yang pernah dikerjakan sama ada baik atau buruk. Selanjutnya Allah SWT menjelaskan seseorang tidak akan menolak kebenaran melainkan kerana adanya sikap menentang dan mendustakannya. Perasaan hati membisikkan kebenaran itu dan dalil agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW menguatkannya. Allah SWT tidak akan membiarkan satu amalan pun daripada amalan hamba-Nya, melainkan Dia akan menghitung dan memelihara untuk diberi balasan. Tugas mencatat segala amalan manusia ini telah diserahkan oleh Allah kepada para malaikat yang dilantik khusus. Firman Allah SWT: Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan

Maya Karin Datang ke Sekolah

Imej
Akhirnya seorang pelakon yang hebat, Maya Karin datang juga ke sekolahku Sekolah Kebangsaan Bangsar. Beliau datang sebagai duta untuk kempen kitar semula. Beliau datang pada 20 Mei 2010 iaitu sebelah pagi lebih kurang jam 12.00 tengahari dan sebelah petang jam 1.40 petang. Beliau meluangkan masa lebih kurang 7 minit untuk memberi penerangan dan menarik perhatian murid-murid sekolah ini dalam kempen kitar semula anti buangan plastik. Ingatkan murid-murid yang  berasa teruja dengan kedatangan Maya, tetapi yang lebih teruja ialah cikgu-cikgu perempuan yang lebih-lebih berasa teruja. Hehehe...                                              

Terima Kasih, Cikguuuu!

Imej
Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2010 , murid-muridku 3 Inovatif SK Bangsar telah memberi sedikit ucapan dan menghadiahkanku sedikit barangan sebagai ucapan terima kasihnya padaku. Aku tidak meminta apa-apa sepanjang aku mendidik dan mengajar walaupun pelbagai dugaanku hadapi. Adakala tersentuh rasa hati, adakala menyakitkan hati, adakala rasa berputus asa, namun aku tetap  tabah menghadapi. Satu ketika aku sedih, satu ketika aku gembira dengan ingatannya padaku dan membuatkan aku rasa terharu... terima kasih anak didikku.... Ingatanku selamnya untuk mu.Semoga anak didikku menjadi manusia berguna di kemudian hari...

Tertinggal dompet duit

Aku masih teringat lagi sewaktu aku naik bas mutiara balik ke Terengganu pada 23/04/2010 pukul 10.00 malam. Sewaktu sampai sahaja hentian rehat di chendor iaitu di sempadan Kemaman, aku makan nasi goreng.  Sejam kemudian, bas pun bergerak lagi. Aku pun tidur. Tidak lama kemudian, aku tersedar . Ketika itu, berada di Dungun. Bas berhenti sekejap kerana ada seorang perempuan mahu turun pergi buang air di tandas masjid. Perut aku sudah terasa nak buang air, tetapi aku masih tahan. Bas kembali bergerak.  Tidak lama kemudian, perut aku semakin tak boleh tahan dan aku meminta pemandu bas berhenti di tempat yang boleh buang air. Kebetulan aku kenal dengan pemandu itu. Namanya Pokya Gong Terap. Dia pun berhenti di depan surau Kampung Merchang. Aku pun pergi ke tandas. Mentol dalam tandas itu tidak menyala. Semasa aku nak buang air, telefon bimbit aku terjatuh. Aku pun mengambilnya kembali dalam keadaan yang gelap. Setelah selesai, aku kembali ke bas.  Dalam perjalanan dalam lingk

Allah menegur perbuatan Rasulullah

SURAH ini termasuk dalam surah makkiah. Diturunkan selepas surah al-Najm. Dalam surah terdahulu dinyatakan berkenaan hari kiamat, manakala dalam surah ini pula menceritakan perihal orang yang mengambil manfaat daripada peringatan itu. Firman Allah SWT: Ia memasamkan muka dan berpaling, kerana ia didatangi orang buta. Ibn Ummi Maktum datang menghadap Nabi Muhammad SAW di Mekah. Ketika itu baginda asyik bercakap-cakap dengan pemimpin-pemimpin Quraisy seperti Utbah dan Syaibah, kedua-duanya ialah anak Rabi'ah, Abu Jahl Ibn Hisham, Abbas Ibn Abd al-Mutallib, Umayyah Ibn Khalaf dan al-Walid Ibn al-Mughirah untuk diajak kepada Islam, diberi peringatan tentang kedatangan hari kiamat, kekuasaan Allah SWT dan diharapkan sebagai orang yang akan menerima balasan baik jika menganut Islam. Rasulullah SAW amat mengharapkan agar seruannya itu diterima kerana baginda mengetahui andainya mereka menganut Islam pasti ramai yang akan mengikut mereka. Ini kerana kuasa kepimpinan bangsa

Tangisan tiang mimbar

Tangisan tiang mimbar D an tidak ada yang menghalangi kami akan mengutuskan dengan tanda-tanda (mukjizat) melainkan telah didustakan oleh orang-orang terdahulu... (al-Israk: 59) Masjid Nabawi adalah masjid yang dibina hasil gotong-royong orang Ansar dan Muhajirin sejurus sahaja Rasulullah SAW berhijrah daripada Mekah ke Madinah.  Tapak masjid tersebut adalah tempat perhentian pertama unta putih Rasulullah. Ketika orang Muhajirin sampai ke Madinah, mereka disambut dengan meriah oleh orang Ansar. Semua penduduk Madinah berebut-rebut mendapatkan Rasulullah supaya baginda berhenti dan singgah di rumah mereka.  Lalu baginda menyerahkan kepada unta putih baginda untuk membuat keputusan. Kemudian unta putih itu berjalan lalu berhenti di satu kawasan lapang berdekatan dengan tanah perkuburan. Maka baginda telah mencadangkan untuk membina sebuah masjid di situ yang dikenali sebagai Masjid Nabawi. Dalam masjid itu, baginda telah membina mimbar yang diperbuat daripada batang tama

Status ibu bapa nabi

Status ibu bapa nabi Terima kasih atas inisiatif bertanya bagi membebaskan diri dari kekeliruan berpunca daripada percanggahan dua maklumat yang diterima.  Sikap penerima maklumat aktif begini merupakan ciri-ciri asas masyarakat di negara-negara maju yang membudayakan sikap 'mengkaji' dalam diri setiap warganya yang juga menjadi perbezaan di antara negara moden yang maju dan pasca-moden yang jauh lebih maju di hadapan peradaban lain.  Sikap canggih yang memajukan diri ini telah dianjurkan oleh agama Islam sejak 14 abad lalu dan telah melahirkan banyak peradaban maju dunia yang mengamalkannya; ia bertitik tolak daripada ayat 6, surah al-Hujurat: Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak mengakibatkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga membuatkanmu menyesal atas tindakan yang telah kamu

Allah rahsiakan bila kiamat

Allah rahsiakan bila kiamat Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI Al-Maraghi berkata: Selepas Allah SWT menjelaskan kekuasaan-Nya dengan kebangkitan semula orang yang telah mati sebagaimana Dia berkuasa mencipta alam semesta. Kemudian Dia menerangkan berkenaan kebenaran yang diwahyukan kepada nabi-Nya bahawa hari kebangkitan manusia adalah milik Allah Tuhan Alam Semesta.  Ketika malapetakanya yang hebat melebihi segala bencana itu datang, ketika segala perbuatan diperlihatkan kepada para pengamalnya ketika itulah manusia mengingati apa yang telah dilakukannya.  Allah SWT memperlihatkan neraka di hadapan manusia sehingga semua mata dapat melihatnya. Pada hari itulah ditimpakan pembalasan kepada manusia yang melampaui batasan syariat Allah. Ini kerana mereka mengutamakan kelazatan dunia dari akhirat untuk mereka itulah neraka sebagai tempat azab. Sementara manusia yang takut kepada kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya serta mengawal hawa nafsunya, maka sudah pasti syurga tempa

Kebolehan Nabi Isa mengetahui perkara ghaib

Kebolehan Nabi Isa mengetahui perkara ghaib SEJAK kecil, Nabi Isa menunjukkan sifat-sifat mulia berkat asuhan dan didikan ibu baginda, Maryam. Baginda merupakan seorang kanak-kanak yang bijak yang mana ia melebihi kawan-kawan sebaya, malah melebihi orang dewasa. Baginda membesar dan menjadi kanak-kanak yang sihat. Baginda juga merupakan kanak-kanak yang periang dan peramah sehingga mendapat ramai kawan. Nabi Isa tidak pernah menyakiti hati kawan-kawannya. Pada suatu hari, Nabi Isa bermain teka-meneka dengan kawan-kawannya. Baginda meneka dengan tepat apa saja yang ditanya oleh kawan baginda. Baginda bertanya kepada salah seorang kawan: "Tahukah engkau makanan apa yang ibumu sembunyikan?" "Tidak. Apa yang disembunyikan oleh ibuku?" tanya kawannya itu tidak sabar-sabar lagi. "Pagi tadi, ibumu ke pasar. Dia membeli buah epal, tetapi dia tidak mahu kamu mengambilnya. Lalu disembunyikannya," cerita Nabi Isa. Tanpa berlengah lagi, kawan baginda itu

Penjelasan tentang zihar

SOALAN: ADAKAH jatuh zihar sekiranya secara bergurau saya berkata pada isteri saya (ketika membeli kasut) "tahulah kaki awak sama dengan kaki mak saya" (merujuk pada bentuk). Bagaimana untuk menebus zihar tersebut sekiranya ia terjadi. JAWAPAN: Tidak disabitkan jatuh hukum zihar ke atas pasangan suami isteri dalam senario ini kerana kekurangan syarat zihar yang ketiga dan keenam daripada syarat-syarat zihar di bawah: 1. Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf). 2. Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah. 3. Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri. 4. Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja. 5. Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya. 6. Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antar