Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Persoalan Agama: Mencintai suami, isteri orang haram

Persoalan Agama: Mencintai suami, isteri orang haram APAKAH boleh seorang perempuan itu mencintai suami orang. Adakah ia dikira berdosa. Salmah Teluk Mas, Melaka      SEORANG ulama pernah ditanya soalan seperti yang saudari kemukakan iaitu, "Apakah cinta itu halal atau haram? Lalu ulama itu menjawab: "Cinta yang halal itu halal dan cinta yang haram itu haram." Ia adalah jawapan yang didasari sebuah hadis yang masyhur iaitu, "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas meskipun di antara keduanya itu ada perkara-perkara yang samar-samar yang banyak orang yang tidak mengetahuinya." (Riwayat Muslim no.4178)      Di antara perkara yang jelas halalnya iaitu seorang suami menyintai isterinya atau isterinya menyintai suaminya dan lelaki yang menyintai wanita pinangannya juga wanita yang dipinang menyintai lelaki yang meminangnya.      Dan di antara perkara yang jelas haramnya iaitu seorang lelaki menyintai perempuan yang bersuami, lalu lelaki itu

Selalu beramal, hindari maksiat

Selalu beramal, hindari maksiat KUALA LUMPUR: “Makhluk halus boleh keluar dan masuk baik di rumah, masjid dan surau, malah dalam badan kita, kerana Nabi (Muhammad) s.a.w ada menegaskan syaitan dan iblis boleh masuk dalam pembuluh darah,” kata pengamal perubatan Islam Pusat Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’), Jufry Shamsuddin. Menurutnya, walaupun sesetengah tempat sudah ‘dipagar’ daripada kedatangan makhluk halus, tidak bermakna kawasan terbabit terselamat sepenuhnya sehingga penghuninya boleh bersenang-lenang kerana gangguan boleh datang berulang kali. “Lebih penting, kena selalu beramal dan menghindari maksiat kerana benda jahat seperti syaitan dan iblis sangat suka kepada maksiat. Unsur maksiat juga yang menyebabkan kadangkala gangguan datang berulang kali, walaupun kawasan itu sudah dipagar. “Ada pula di kalangan yang terkena gangguan mendapatkan rawatan dari bomoh yang tidak menepati syariat sehingga memakai tangkal dan percaya kepada benda lain, bercampur adu

SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam. KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur. Baginda men

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM 1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). 2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 10. Laut Merah ter

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura 1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti 3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha 4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahu

Bukan mujaddid'

Bukan mujaddid' KUALA LUMPUR 24 Jan. - Pengasas fahaman Wahabi, Muhammad Abdul Wahhab (meninggal dunia 1787) bukannya seorang mujaddid kerana sistem keilmuannya tidak berada dalam acuan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta kaedah ilmunya tidak mengikut kaedah fahaman sunni. Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC), Dr. Uthman El Muhammady (gambar) berkata, selain itu ilmu yang ada padanya juga tidak sampai sehingga ke peringkat mampu melakukan ijtihad dan keadaan itu menyebabkan Muhammad bukan dikategorikan sebagai mujaddid.            Paling besar dalam sejarah beliau berkata ialah tindakan Muhammad bekerjasama dengan British dan Perancis hingga membawa kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniah kerana menganggap kerajaan itu kononnya mengamalkan bidaah.           ''Walaupun ini bukan satu-satunya faktor kemusnahan kerajaan tersebut tetapi ia tetap merupakan salah satu sebab yang membawa kepada kejatuhan itu.            "Tidak ada mazhab fiqh d

Zikir serta doa qunut bukan satu perbuatan bidaah

Zikir serta doa qunut bukan satu perbuatan bidaah KUALA LUMPUR 24 Jan. - Berzikir secara berjemaah selepas solat di masjid bukan satu perbuatan bidaah dan begitu juga membaca doa qunut ketika solat Subuh. Pensyarah Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Asmadi Muhammad Na'im berkata, menziarah makam Rasulullah di masjid Nabawi di Madinah pun bukan tergolong dalam amalan bidaah. Selain itu beliau berkata, umat Islam turut dibenarkan bertawassul dengan Rasulullah secara umum sama ada ketika hidup atau selepas kewafatan baginda. ''Semuanya ini terkandung di dalam kitab al-Bida' al-Munkarah atau bidaah dilarang yang dihasilkan oleh ulama terkemuka, Prof. Dr. Whabah Zuhaily. "Whabah di dalam kitabnya itu turut menyatakan jenazah mendapat faedah daripada bacaan orang lain,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Wacana Religio-Intelektual Najdiyyin: Pro & Kontra Terhadap Pe

Golongan Najdiyyun tidak mampu beri hujah mantap

Golongan Najdiyyun tidak mampu beri hujah mantap KUALA LUMPUR 24 Jan. - Wacana golongan Najdiyyun tidak akan mampu memberikan hujah yang mantap jika menjalankan perbincangan tentang dan wujud Allah serta sifat-sifatNya khususnya ketika berdepan dengan pemikiran pascamodenisma. Ini kerana sejak awal lagi, golongan Najdiyyun ini telah menolak bentuk penyusunan ilmu dan pembuktian secara falsafah kerana mereka hanya bergantung kepada ayat al-Quran dan hadis yang difahami secaca lafaz dan menolak penerangan secara majzai dan pemikiran falsafah. ''Tetapi golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh memberikan hujah tentang wujud Allah dan sihat-sifat-Nya jika berdepan dengan pemikiran pascamodenisme yang menolak agama ini menerusi hujah-hujah akliah dan nakliahnya,'' kata Felo Utama Utama ISTAC Kuala Lumpur, Syaikh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady. Beliau berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk " Ketiadakmampuan Wacana Najdiyyun Mendepani Pemikiran Pascamod

Sepupu Kawin pd 24 Jan 2010

Imej
Majlis akad nikah sepupu aku Nordin di Masjid As-Salam (terapung) Puchong Perdana pada 24 Januari 2010 hari Ahad jam 3.30 ptg. Aku bersyukur dan mendoakan mereka bahagia dan panjang umur hingga ke akhir hayat. Amin ya rabbal alamin....