Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Jejari Sarang Patah, Serindit Terbang

Dis 2012, inilah burung yang paling galok di antara serindit yang aku ada. Sentiasa menari di dalam sangkar. Namun, tanpa disangka jejari sarang patah kerana dikopek oleh burung ini. Tanpa disedari, serindit ini terbang ke udara.

Dihalang Banjir

Pada 24 Dis 2012, hujan turun tak berhenti. Inginku keluar mencari makan. Tapi, terkejut aku kerana banjir menghalang aku keluar dari Bukit Tok Hat. AKu pulang semula ke rumah. Semua jalan utama tidak boleh dilalui.

Terkukur Bukit Tok Hat

28 Dis 2012, pukatku didirikan di dalam kebun getah kg bukit tok hat, gong terap. Aku hanya cuba nok tahan burung murai kampung je. tapi terkukor pulok yang kene. sedang aku memerhatikan pukat, aku terlihat babi msuk ke dalam semok. babi tu hampi sebesar lembu mude.                                                                                                                                  Kene pukat

Dua ekor serindit daripada wa

Wa wat balik burung ni dari landas. Anok buoh die yang beri. Ini disebabkan pihak pengurusan ladang tempat die berkerja tidak membenarkan memelihara burung ini jika ingin berkerja di sana.

Serindit Tine Mude

          Aku ambik serindit ni pada 30 September 2012. Aku ambik dengan Ridhuan Kholid di Sk Kg Pok Ba. Serindit tine mude. 

Terkukur Anok Muda

\          Dis 2012, adikku memperoleh 2 ekor terkukur anok mude. Burung tersebut diperoleh ddgn memasang pukat burung di dalam kelapa sawit di tepi kolam di ladang jaya. burung tersebut lama tersangkut pada pukat.

Karnival Pertandingan Cerita dan Pidato PKG Bukit Besi, Dungun Terengganu 2012

Imej
taklimat hakim Pada 22 Mac 2012 yang lalu, SK Pasir Raja sebagai tuan rumah Karnival Pertandingan Cerita dan Pidato PKG Bukit Besi, Dungun Terengganu 2012. SK Pasir Raja sebagai tuan rumah karnival ini, semua pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menjayakan karnival yang telah diadakan ini.  Karnival pertandingan ini telah disertai oleh 14 buah sekolah PKG Bukit Besi.     Karnival ini melibatkan dua kategori iaitu cerita dan pidato. Kedua-dua kategori mempunyai dua bahagian. Hanya kategori pidato sahaja yang semestinya peserta yang sama bagi kedua-dua bahagian. Bahagian pertama setiap kategori, murid telah mempunyai tajuk cerita dan pidato masing-masing. Bagi bahagian kedua,   tajuk mesti diundi dan menyampaikannya secara spontan.      Pemenang tempat pertama dan kedua bagi setiap bahagian untuk kedua-dua kategori dipilih mewakili PKG Bukit Besi ke peringkat zon di daerah Dungun. Dalam karnival pertandi

Diherdik Babi, Dapat Ketitir

          Dis 2012, Aku cuba pasang pukat burung untuk menjaring burung ketitir. Aku pasang berdekatan dengan sekolah yang aku timba ilmu semasa di sekolah rendah dahulu iaitu di SK kampung Jaya. Aku dan adik aku masuk dan menebas pokok senduduk yang memang sangat semak. Sedang aku menebas, aku terdengar suara yang menggerunkan bunyinya. Ku fikir itu suara seekor babi yang sangat hampir dengan diriku. Aku batalkan je niatku itu.           Aku terus pindah tempat di tempat yang tepi dengan pagar. Sedang aku pasang pukat, sekali lagi terdengar suara yang sebegitu rupa. Kali ni, aku buat tak tau saje.  Aku terus saje memasang pukat. Masa aku sedang pasang, banyak burung sedang berbunyi dan melintasi pukatku itu. Antaranya burung ngobok putih, ngobok kuning, bunyi ketitir, bunyi terkukur, ngobok cang dan lain-lain lagi.            Untuk pukat kedua, aku pasang di tempat lapang berdekatan dengan pukat yang pertama. Sebelum aku pasang, aku terdengar bunyi babi yang sangat hampir dengank

Menjaring Punai Daun dan ngobok cang

Dis 2012, Aku memasang pukat burung di kg bukit tok hat di gong terap chalok. aku cuba menjaring punai daun dan ngobok cang. sempat jugok aku tengok sarang babi dekat dengan pukat aku. aku buat tak tau saje. perasaan takut pun ade jugok. akhirnya aku mendapat seekor punai daun tetapi ngobok cang x kene pada pukat. burung punai daun aku cube bela walaupun aku tau ia sangat sukar, kerana makanannya daripada buah-buahan. dalam beberapa hari aku bela, burung itu kelihatan tidak bertenaga. aku pun melepaskan kembali punai itu di tempat aku menjaringnya.

Menjaring punai dan ngobok putih

November 2012, aku cube menjaring punai dan ngobok putih di belakang padang bola sepak sungai tong. di situ pokok buah-buahan yang punai suka sedang masak. burung punai pun ada. namun, tidak seekor pun burung punai aku dapat. hanya seekor sahaja ngobok putik aku dapat. ngobok tu nak sembelih x tergamak la pulak sebab sikit sangat. jadi aku cuba pelihara. burung tu hanya makan makanan yang jenis buah sahaja. dedak yang aku beri tidak dimakannya. akhirnya ia pun mati. kesiannya ...

Menjaring ngobok putih

November 2012, aku cube menjaring ngobok putih berdekatan dengan rumah mok aku. Aku pasang jaring di bawah kabel elektrik. di situ banyak burung ngobok kerana terdapatnya banyak pokok senduduk, pokok resam dan pokok sayap yang tajam. untuk pasang jaring, ianya agak sukar kerana mudah tersangkut pada pokok. aku dan adik aku menebas pokok terlebih dahulu. banyak luka pada kakiku dek pokok yang tajam. malangnya nasibku, seekor burung pun tak aku perolehi. namun, kerana minatnya aku menjaring burung, aku tetap suka.

Menjaring Murai batu dan ngobok kuning

Dis 2012, nok hilangkan rase bosan dan puas, aku dan adik aku  buat perkare yang tidok berfaedah iaitu g tahan pukat burung di kg nibong sungai tong. Tempatnya dekat sangat dengan umoh mok aku. Burung yang cube aku miliki ialah burung murai cerang dan juge ngobok kuning. Dari tengohari sampai petang tidok ade pun burung tu brbunyi di situ. Aku cube tahan pukat situ sebabnye di situ ade burung yang aku ingin miliki.

Selamat Tinggal Sk Pasir Raja...

Tanggal 9hb Jan 2011 hingga 31 Mei 2012 , tugasku di SK Pasir Raja berakhir. Pada masaku di sana, pelbagai ragam telahku lalui. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Ada gembira, ada juga duka. Ku masih ingat dalam benakku hingga ke hari ini.