Diherdik Babi, Dapat Ketitir
Dis 2012, Aku cuba pasang pukat burung untuk menjaring burung ketitir. Aku pasang berdekatan dengan sekolah yang aku timba ilmu semasa di sekolah rendah dahulu iaitu di SK kampung Jaya. Aku dan adik aku masuk dan menebas pokok senduduk yang memang sangat semak. Sedang aku menebas, aku terdengar suara yang menggerunkan bunyinya. Ku fikir itu suara seekor babi yang sangat hampir dengan diriku. Aku batalkan je niatku itu.
Aku terus pindah tempat di tempat yang tepi dengan pagar. Sedang aku pasang pukat, sekali lagi terdengar suara yang sebegitu rupa. Kali ni, aku buat tak tau saje. Aku terus saje memasang pukat. Masa aku sedang pasang, banyak burung sedang berbunyi dan melintasi pukatku itu. Antaranya burung ngobok putih, ngobok kuning, bunyi ketitir, bunyi terkukur, ngobok cang dan lain-lain lagi.
Untuk pukat kedua, aku pasang di tempat lapang berdekatan dengan pukat yang pertama. Sebelum aku pasang, aku terdengar bunyi babi yang sangat hampir denganku. kali ni aku mengalah dan meninggalkan kawasan tersebut. semasa meninggalkan tempat tersebut, aku terlihat kulit ular yang lama. kulit tersebut agak besar dan mrnggerukanku. aku pasang pukat kedua, di tempat yang sangat lapang tanpa bunyi apa-apa.
Semasa aku melihat hasil apa yang ada pada pukatku, aku melihat ada 4 ekor ketitir, seekor burung kunyit, seekot belatuk dan seekor bunrung kecil yang tersangkut. Aku dan adikku pun meleraikan pukat tersebut pada tubuh mereka. sedang aku melerai, bunyi yang tersangkut berbunyi dengan nyaring iaitu burung belatuk dan kunyit. pada masa itulah bunyi babi ke arahku semakin kuat kedengaran. aku meminta adikku bersedia dengan sebilah kelewang ditangannya jiak ada sesuatu yang berlaku. Namun, alhamdulillah, semua yang tidak diingini tidak berlaku. Aku pun membawa balik burung ketitir 4 ekor dan melepaskan burung2 lain. burung kecil mati akibat sesak nafas. Namun, seekor burung ketitir terlepas dan yan tinggal hanya 3 ekor ketitir sahaja.
Ulasan
Catat Ulasan