Petua Sembelih Binatang

1. Jika binatang sembelihan itu gemuk, sembelihlah pada waktu siang. Jika binatang sembilahan itu kurus, sembelihlah pada waktu malam.

2. Kedudukan kaki hendaklah tidak selari dengan leher binatang sembelihan.

3. Jika binatang sembelihan sudah tua atau dagingnya dirasakan keras, letak jari manis di belakang mata pisau.

4. Jika binatang sembelihan masih muda atau dagingnya dirasakan lembut, letak jari hantu di belakang mata pisau.

5. Sebelum sembelih, leset jari manis terlebih dahulu pada leher  binatang.

6. Selepas sembelih, campakkannya ke tanah. Jangan ambil pisau itu. Biarkan orang lain ambil dan berikan semula.

7. Jangan basuh tangan selepas sembelih. Tunggu sehingga ianya kering.

8. Jangan kibaskan kain pelikat semasa hendak sembelih. Kepit kain pelikat di celah-celah peha dengan kemas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah