2 Jan 2013, hari rabu merupakan hari kedua bukanya sesi persekolahan. Jam 1.15 petang, aku didatangi seorang yang boleh dikatakan popular datang menemuiku. Bagaimana kepopularannya, aku tak tau sama ada popular kebaikan ataupun keburukan. Dia bertanyakan padaku bila aku akan ke bank. Sebenarnya, dia ingin mengajakku ke bank untuk mengeluarkan duit sebanyak rm2000.00 dan dipinjamkan kepadanya. Aku tidak terkejut kerana aku sudah menjangkakan soalan itu akan dilontarkan. Jadi, aku cuba menjawab dengan mengatakan aku tidak akan pergi ke bank dan tidak akan mengeluarkan duit sejumlah itu. Mengapaku katakan sedemikian? Ini kerana aku bukan seorang bendahari yang sebenar malahan aku ini seorang yang baharu berkhidmat di situ dan tidak layak untuk berbuat sedemikian. Situasi menjadi semakin panas sedangkan hujan tak berhenti dan mentari tak muncul lagi. Aku ditanya lagi. "Bu...