Duit persatuan untuk kepentingan sendiri

          2 Jan 2013, hari rabu merupakan hari kedua bukanya sesi persekolahan. Jam 1.15 petang, aku didatangi seorang yang boleh dikatakan popular datang menemuiku. Bagaimana kepopularannya, aku tak tau sama ada popular kebaikan ataupun keburukan. Dia bertanyakan padaku bila aku akan ke bank. Sebenarnya, dia ingin mengajakku ke bank untuk mengeluarkan duit sebanyak rm2000.00 dan dipinjamkan kepadanya. Aku tidak terkejut kerana aku sudah menjangkakan soalan itu akan dilontarkan. 
          Jadi, aku cuba menjawab dengan mengatakan aku tidak akan pergi ke bank dan tidak akan mengeluarkan duit sejumlah itu. Mengapaku katakan sedemikian? Ini kerana aku bukan seorang bendahari yang sebenar malahan aku ini seorang yang baharu berkhidmat di situ dan tidak layak untuk berbuat sedemikian. Situasi menjadi semakin panas sedangkan hujan tak berhenti dan mentari tak muncul lagi. 
         Aku ditanya lagi. "Bukankah engkau bendahari? Seorang ustaz mengakui bahawa engkaulah yang sebenarnya bendahari". Tanya orang itu kepadaku. Aku pun menjawab dengan mengatakan "kalaupun aku ini bendahari yang sebenar, mana mungkin akan ku keluarkan duit itu sesuka hati tanpa permesyuaratan dalam persatuan". Mengapaku katakan sedemikian? Ini kerana duit tersebut diberikan oleh YB untuk mengadakan lawatan dan dibankkan atas nama sesebuah persatuan.  Aku mengatakan walaupun engkau yang mengusahakan untuk mendapatkan duit itu untuk lawatan dan berjaya mendapatkannya namun, YB memberikannya atas nama sesebuah persatuan. Bukannya untuk persendirian. Kalau ingin sangat duit tersebut, perlulah ada permesyuaratan bersama ahli AJK Persatuan tersebut. Namun begitu, aku percaya duit itu tidak boleh dipinjamkan untuk kepentingan peribadi. 
          Aku dimaklumkan lagi olehnya bahawa dia telah berjumpa dengan ketua di tempat aku berkhidmat. Ketua memberi kelulusan untuk keluarkan wang tersebut dan diberikan kepadanya. Tapi sebelum itu, perlulah terlebih dahulu berjumpa dengan bendahari iaitu aku. Aku berasa pelik. Mengapa ketua meluluskannya sedangkan duit itu tidak boleh dikeluarkan sesuka hati melainkan pemesyuaratan. Aku pun diberitahu bahawa ketua ingin menjaga hubungan yang baik dengannya.  Aku pun berfikir, kalaupun nak menjaga hubungan baik, kenapa tidak menggunakan duit lain dan jangan melibatkan duit tersebut?. Kalau boleh gunalah duit sendiri...Sekiranya perkara yang tidak elok berlaku, kamilah sebagai pekerja yang akan menanggung malu. Sedangkan yang meluluskannya adalah orang lain.
           Dia semakin tidak berpuas hati. Dia pun mengungkitkan cerita lama dengan mengatakan bahawa dialah yang banyak membantu dalam soal duit untuk ............ ini. Bermula daripada Rm250.00 hinggalan mencecah angka ribu. Sama ada betul atau pun tidak, aku tak peduli. Yang aku peduli, duit itu tidak boleh dipinjamkan sesuka hati. Duit ini untuk kegunaan lawatan pada masa akan datang.  
          Aku mengatakan yang AJK _______ sudah mengetahui adanya duit tersebut. Mereka sepatutnya perlu tahu bagaimana dengan duit itu dan ke mana duit itu akan pergi. Dia semakin marah dan mengatakan bahawa kalau dia tahu dia tidak  akan dapat pinjam duit tersebut, lebih baik dia koyakkan ceknya. Dia sebenarnya sudah mengetahui bahawa dia kurang dilayan oleh _________ seperti kami. Kerana tidak mendapat duit tersebut, dia mengatakan yang dia 'berasa hati' belaka kepada kami sebagai __________ dan juga pihak _________. 
          Aku pun berfikir, mengapakah ____________ meluluskan pinjaman semata-mata menjaga hubungan baik. Dan mengapa _____________ menyuruh orang itu pergi berjumpa denganku. 
             Jadi, aku berfikir lagi, lebih baik aku lontarkan soal ini dalam mesyuarat akan datang. Biar semua ______ tahu berkenaan perkara ini....jumpa lagi....... 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah

Menjaring Punai Daun dan ngobok cang