KAKI pancing wajar mengetahui etika memancing. Misalnya, pemancing hanya perlu mengambil hasil tangkapan yang besar dan diperlukan saja manakala ikan kecil dan tidak diperlukan dilepaskan semula, terutama bagi spesies ikan yang hampir pupus. Amalan ini bukan sahaja dapat mengekalkan spesies ikan tertentu pada masa depan malah bersesuaian dengan petua orang tua. Selain tidak bertindak kejam ia juga dikatakan akan membolehkan kita mendapat tangkapan yang banyak dan besar. Menurut Rahmat Mohd Nazim, 36, dari Pekan, Pahang, ada orang tua berpesan jika pemancing dapat ikan kecil, kita perlu lepaskan semula. Jangan dianiaya. "Untuk mendapat ikan yang banyak, kita boleh minta anak ikan berkenaan memanggil ikan yang lebih besar untuk tangkapan kita. Kemudian kita bebaskan ikan itu ke laut. Insya-Allah jika ada rezeki kita akan dapat tangkapan lebih besar," katanya ketika mengunjungi Balai Joran, baru-baru ini. Menurut Rahmat, ramai yang mengamalkan petua itu pernah ...
1/2/2021 / Isnin Sebarau Pertama Tahun 2021 - 1/2/2021 8.30 pg, mula turun. Targetnya ialah sebarau. Berbekalkan spinning cast, joran pancing, cacing. Dengan spinning cast, tiada respons diterima. Seterusnya, pakai cacing. akhirnya dapat tetapi hanya yang kecil sahaja. Bukan untuk hidangan tetapi khas utk hiasan.Selain anak sebarau, dapatlah juga 3 ekor turbol. Yang ni, sebagai santapan. Apa-apapun, in sha allah misi 'serigala sungai' akan diteruskan.
Dis 2012, inilah burung yang paling galok di antara serindit yang aku ada. Sentiasa menari di dalam sangkar. Namun, tanpa disangka jejari sarang patah kerana dikopek oleh burung ini. Tanpa disedari, serindit ini terbang ke udara.
Ulasan
Catat Ulasan