Dedak sesuai untuk rohu, telinga gajah

Soalan kepada Pok Muds:
 1. Kalau kita pancing menggunakan gewang adakah perlu pakai ladung?. Jika ya apakah saiz batu ladung yang sesuai?
2. Adakah umpan dedak yang digunakan untuk memancing rohu sesuai untuk memancing ikan telinga gajah?
3. Apa umpan yang sesuai digunakan untuk memancing di tasik?:

Jawapan
1. Ada tiga jenis selaman gewang iaitu selaman dalam (deep running), selaman cetek (shallow) dan jenis terapung (floating). Gewang sebenarnya direka tanpa perlu pemancing menggunakan batu ladung.

Namun jika faktor air laju/deras, kelajuan bot tundaan bertalu laju dan ikan mudah mengena jika gewang menyelam jauh ke dalam air, maka menggunakan ladung adalah pilihan terakhir.

2. Ya, boleh menggunakan dedak yang sama jenis. Cuma beza keadaan air. Rohu mendiami kolam di mana hampir tiada arus sama sekali. Manakala telinga gajah mendiami laut terbuka yang berarus.

Dedak untuk kawasan berarus perlu lebih pekat dan likat sedikit supaya ia tidak mudah tertanggal apabila berada di tempat berarus. Campur dengan tepung gandum dapat membantu melikatkan lagi dedak dari mudah terlerai.

3. Sebut mengenai tasik, pemancing perlu tahu ikan yang ingin dipancing kerana setiap ikan ada diet tersendiri. Umpan lumrah ialah roti dan dedak gaul sesuai untuk tilapia, lampan, jelawat, rohu, patin dan kap.

Jika memilih umpan cengkerik, belalang, cacing ,anak udang, anak ikan, pemangsanya pula keli, haruan, tilapia dan pacu. Umpan hidup seperti anak ikan boleh disasarkan kepada ikan toman dan belida.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksiat Batin

Penjelasan tentang zihar

ADIL & ZALIM