1/2/2021 / Isnin Sebarau Pertama Tahun 2021 - 1/2/2021 8.30 pg, mula turun. Targetnya ialah sebarau. Berbekalkan spinning cast, joran pancing, cacing. Dengan spinning cast, tiada respons diterima. Seterusnya, pakai cacing. akhirnya dapat tetapi hanya yang kecil sahaja. Bukan untuk hidangan tetapi khas utk hiasan.Selain anak sebarau, dapatlah juga 3 ekor turbol. Yang ni, sebagai santapan. Apa-apapun, in sha allah misi 'serigala sungai' akan diteruskan.
Tanggal 9hb Jan 2011 hingga 31 Mei 2012 , tugasku di SK Pasir Raja berakhir. Pada masaku di sana, pelbagai ragam telahku lalui. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Ada gembira, ada juga duka. Ku masih ingat dalam benakku hingga ke hari ini.
Dis 2012, inilah burung yang paling galok di antara serindit yang aku ada. Sentiasa menari di dalam sangkar. Namun, tanpa disangka jejari sarang patah kerana dikopek oleh burung ini. Tanpa disedari, serindit ini terbang ke udara.
Ulasan
Catat Ulasan