Kemalangan 5 buah kereta sekaligus

(Ini sekadar gambar hiasan)
     Pada 26/11/09 sekitar jam 5.15 petang iaitu hari sebelum hari raya haji 09, telah berlaku satu kemalangan yang teruk melibatkan lima buah kereta. Kemalangan ini berlaku dalam lingkungan 100 meter dari masjid chalok kedai di chalok setiu. Pada masa itu, aku dalam perjalanan balik dari hospital SNZ Kuala Terengganu. Jalan menjadi sesak dan jem teruk. Jalan jem dan kenderaan tersusun dengan cantik kira-kira 6km. Pergerakan kenderaan menjadi lambat. Aku difahamkan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan iaitu proton saga, wira, honda city dan sebuah teksi. Honda city teramat teruk dan boleh dijadikan besi buruk dah. Teksi jatuh ke dalam paya. Alhamdulillah, kemalangan ini tidak mengorbankan nyawa dan hanya cedera ringan sahaja. Pada masa itu, kenderaan banyak di atas jalan kerana ramai orang ingin balik ke kampung halaman. Biasanya, kejadian ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pengguna jalan sama ada pemandu itu sendiri atau orang lain. Jadi, pesananku, janganlah memandu terlalu laju dan mengikut nafsu. Padahnya akan melibatkan orang lain yang tak bersalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah