Hukum buang tahi lalat

Soalan
Apakah hukumnya membuang tahi lalat pada tubuh badan terutama sekali di bahagian muka?

Jawapan
Ada dua keadaan, pertama penyakit, kedua; terlalu banyak.
Bintik-bintik hitam yang kelihatan seperti tahi lalat adakalanya semacam penyakit kulit. Maka untuk merawat penyakit ini salah satu caranya mungkin dengan membuangnya dari kulit muka. Itupun, sekiranya tidak mendatangkan mudarat kepada muka. Sekiranya dengan membuang bintik-bintik hitam mendatangkan mudarat maka hukumnya haram. Ini kerana kulit muka adalah sangat sensitif.

Keadaan yang kedua ialah apabila tahi lalat terlalu banyak. Hukum membuangnya adalah harus, terutamanya pada wajah seseorang sehingga kehadirannya mengaibkannya atau menjadikannya tidak selesa apabila berkomunikasi dengan orang lain. Sekiranya niat menghapuskan tahi lalat untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya haram kerana termasuk mengubah ciptaan Allah yang asal.

Utusan, 1/2/10

Ulasan

  1. saya ingin buang tahi lalat di muka..kerana semakin lama semakin besar..1 lg..sy baca ramalan tahi lalat sy..ia mengatakan tahi lalat yg berada di pipi kiri adalah "banyak Halangan" sy memg setuju dgn ramlan tu,,sebb kebanyakan benda yg sy nak buat dalam seharian...kenbanyakan x menjadi..ada saja halangan..apakah hukumnya kalau masalah sy ni...kompius la..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Menjaring Punai Daun dan ngobok cang

Aku kemalangan dengan ................