Aku kemalangan dengan ................

Masih ku ingat...
Pada masa lebih kurang tahun 2005 iaitu 22hb/10/2005 pukul 5.30 petang, aku terlibat dengan kemalangan yang paling tidak dapat aku lupakan. Pada 20/10/2005 iaitu hari terakhir aku mengajar sebagai guru ganti di SK Sri Langkap, Sungai Tong dan 2 hari kemudiannya aku terlibat dengan kemalangan tersebut.
Pada hari kejadian, ibu bapaku telah mengajak aku ke besut untuk menghantar adik aku di sekolah swasta untuk mengambil peperiksaan STPM. Namun, ajakannya aku tolak kerana pada masa itu aku sedang memanaskan motosikal RXZ aku. Tujuannya aku ingin menghantar surat jemputan perkahwinan anak kepada seorang guru yang aku kenali iaitu Cikgu Hamid kepada sepupu ayahku. Ibu bapaku tidak kata apa-apa...Bermula saat inilah aku ni bagai dirasuk dan tidak mengingat apa-apa cerita selepas itu...

Selepas beberapa hari, barulah aku tersedar yang aku sedang berada di hospital semasa ibu bapaku ingin membawa aku pulang ke rumah. Walaupun aku belum sembuh sepenuhnya, semasa hendak pulang, aku cuba memandu kereta ayahku tetapi aku dihalang kerana aku tidak begitu sembuh lagi dan kakiku masih lagi lembik.

Semasa di rumah, aku cuba bertanya kepada keluargaku di mana motosikalku? Jawab ayahku, motorku berada dibengkel kerana rosak. Kutanya lagi, apakah yang rosak dan kenapa rosak? Tapi ayahku tidak memberitahu perkara sebenar. Setelah aku mendesak banyak kali, barulah ayah dan ibuku menceritakannya.

Ceritanya begini...
Semasa aku memanaskan motor itu, ibu bapaku sudah pergi ke besut. Beberapa jam kemudian, ibu bapaku telah dihubungi oleh adik ketigaku iaitu Azwa. Adikku memberitahu aku terlibat kemalangan. Ibu bapaku terus bergegas pulang dan terus ke hospital besar Nur Zahirah Kuala Terengganu.

Ini cerita daripada kawan-kawanku....
Kawan-kawanku pada waktu itu sedang melepak di bangsal di simpang jalan kampungku. Mereka melihat akau sedang memulas tali minyak motorku dengan kuat dan bising dan aku terus memecut. Kawan-kawanku mengatakan kenapa aku kelihatan agak pelik hari itu. 

Beberapa minit kemudian, ada seorang perempuan yang baru balik dari kerja dan melihat aku terbaring di atas jalan. Dia tidak berhenti dan terus bergegas pulang. Smapia sahaja di simpang jalan, dia memberitahu kepada kawan-kawanku yang tadi bahawa ada seorang budak lelaki jatuh motor. Kawan-kwanku sudah mengesyaki yang itu adalah aku...Mereka semua pergi melihat. Ternyata sememangnya adalah aku yang jatuh. 

Kemudian, seseorang yang membawa kereta membawa aku ke klinik.Orang yang membawa aku ke klinik ialah dikenali sebagai Pok Su Pa. Setelah kawan-kawan aku mengangkat aku ke kereta, darahku mengalir banyak tertumpah di atas jalan bertar. Aku dikatakan pecah kepala. Mereka menjirus air parit untuk menghilangkan darahku.

Sesampai di klinik, aku diberitahu aku dihantar ke hospital dengan ambulans. Di hospital, aku dilawati oleh ramai orang kampungku, orang yang aku kenal, kawan-kawanku yang berada jauh dan juga saudara maraku. Di hospital, aku diikat pada katil wad supaya aku tidak bergerak bebas. Ibuku, adikku dan ayahkulah yang menjaga aku dihospital. Orang yang datang melawatku mengatakan yang aku parah teramat teruk. Aku juga diberitahu aku dalam keadaan koma celik selama 6 hari.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Menjaring Punai Daun dan ngobok cang