Kelah keniam rakus sawit masak ranum

Man Memerang bersama Nazir dan Karim Janggut senyap-senyap menghilangkan diri untuk menjejak Lubuk Panjang serta Lubuk Lima Minit dengan seguni kelapa sawit peram sebagai ‘hadiah’ untuk penghuni Sungai Keniam Kecil.

Berbekalkan kelapa sawit masak ranum, joran pada lubuk berarus deras nyata amat berbaloi apabila tidak sampai 10 minit, rentapan keras berlaku sehingga set joran nyaris terhumban ke dalam sungai. Selepas bertarung hampir lima minit, seekor seluang badar hampir sekilogram didaratkan.Selepas beberapa kali mengarau, kilat Mislan disambar sebarau seberat sekilogram. Selepas bertarung hampir 15 minit, seekor kelah seberat 2 kilogram tumpas berbekalkan umpan sawit masak ranum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah