Teknik pancing temelian dan jenis umpan


(ADNAN memeluk temelian gergasi Sungai Semantan sebesar budak berusia tujuh tahun)
Apabila kita mengetahui ikan besar sudah tersangkut di mata kail, biarkan ikan berkenaan meloloskan diri. Tetapi berwaspada dengan keadaan lubuk terutama reba kayu ataupun batu yang memungkinkan tali terputus. Apabila ia berhenti, segera mengkarau tali dan cuba menaikkannya ke separuh air, jika gagal jentik tali utama bagi memanipulasikan ikan berkenaan. Kebiasaannya apabila tali pantas keluar daripada gelendung kekili, hujung joran akan panas dan ia boleh memutuskan tali berkenaan. Bagi mengatasinya, rendam hujung joran ketika proses mengkarau tali.

     Melayan aksi ganas temelian umpama cuba memberhentikan sebuah enjin bot sedang memecut laju. Kalau menahannya tali utama 100 paun pun boleh putus atau mata kail boleh lurus, jadi bagi mengatasinya, biarkan sehingga ikan keletihan, tetapi memakan masa.

      Selalunya pemancing tidak boleh bersabar dan ingin cepat menewaskan ikan gergasi berkenaan, akhirnya mereka berputih mata. Ada pemancing yang tidak mahu mendengar nasihat rugi besar apabila jorannya patah dan kekili rosak gara-gara penangan temelian.

     Umpan pelet dan cacing air paling mujarab untuk menewaskan spesies kedua paling popular di Temerloh selepas patin.

Ulasan

  1. joe sore kawe jarang2 bukok fbook,

    blog demo ade klas dah, bijok2.

    slalu2 godek2 baru jadi teror.

    kawe skarang ning dok study nak buat ebook,

    tapi banyak bende teknikal kena blajor....

    jumpe lagi

    -nba-

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah