Terima Kasih, Cikguuuu!

Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2010, murid-muridku 3 Inovatif SK Bangsar telah memberi sedikit ucapan dan menghadiahkanku sedikit barangan sebagai ucapan terima kasihnya padaku. Aku tidak meminta apa-apa sepanjang aku mendidik dan mengajar walaupun pelbagai dugaanku hadapi. Adakala tersentuh rasa hati, adakala menyakitkan hati, adakala rasa berputus asa, namun aku tetap  tabah menghadapi. Satu ketika aku sedih, satu ketika aku gembira dengan ingatannya padaku dan membuatkan aku rasa terharu... terima kasih anak didikku....Ingatanku selamnya untuk mu.Semoga anak didikku menjadi manusia berguna di kemudian hari...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Menjaring Punai Daun dan ngobok cang

Aku kemalangan dengan ................