Tertinggal dompet duit


Aku masih teringat lagi sewaktu aku naik bas mutiara balik ke Terengganu pada 23/04/2010 pukul 10.00 malam. Sewaktu sampai sahaja hentian rehat di chendor iaitu di sempadan Kemaman, aku makan nasi goreng. 

Sejam kemudian, bas pun bergerak lagi. Aku pun tidur. Tidak lama kemudian, aku tersedar . Ketika itu, berada di Dungun. Bas berhenti sekejap kerana ada seorang perempuan mahu turun pergi buang air di tandas masjid. Perut aku sudah terasa nak buang air, tetapi aku masih tahan. Bas kembali bergerak. 

Tidak lama kemudian, perut aku semakin tak boleh tahan dan aku meminta pemandu bas berhenti di tempat yang boleh buang air. Kebetulan aku kenal dengan pemandu itu. Namanya Pokya Gong Terap. Dia pun berhenti di depan surau Kampung Merchang. Aku pun pergi ke tandas. Mentol dalam tandas itu tidak menyala. Semasa aku nak buang air, telefon bimbit aku terjatuh. Aku pun mengambilnya kembali dalam keadaan yang gelap. Setelah selesai, aku kembali ke bas. 

Dalam perjalanan dalam lingkungan 10km, aku bersembang dengan Pokya. Dalam kepala aku, ada merasakan sesuatu tertinggal. Aku meraba dompet aku di belakang punggung aku, ternyata dompet aku telah tiada. Aku memberitahu kepada pemandu bas. Disuruhnya aku melihat di kerusi tempat duduk aku. Tetapi dompet aku memang dah tiada. Aku mula risau. Aku menjangkakan bahawa aku telah tertinggal beg duit di dalam tandas. Aku pun meminta Pokya patah balik ke surau tersebut. Ternyata Pokya seorang yang prihatin. 

Dia pun patah balik ke surau walaupun sudah terlewat sampai di hentian MBKT. Aku masuk kembali dalam tandas dan ternyata dompet tertinggal dalam tandas.  Rupa-rupanya semsa telefon aku terjatuh, terjatuh sekali dengan dompet aku. Cuma aku tidak menyedarinya. Aku mengambilnya kembali dan bersyukur kepada Allah. 

Aku risau penumpang lain akan marah padaku kerana aku seorang, semua penumpang lain lewat sampai. Aku sampai di hentian MBKT pada pukul 6.30 pagi. Pokya meminta aku dan penumpang lain yang akan ke Setiu menaiki bas mutiara lain tetapi menggunakan tiket yang sama. 

Sebelum naik, aku mengatakan kepada pemandu bas lain bahawa aku pergi sembahyang subuh terlebih dahulu. Setelah selesai, aku pun naik. Di dalam bas, aku dan penumpang lain menunggu penumpang lain naik. Tapi penumpang lain tidak juga naik-naik. Pemandu bas pun memeriksa pemnumpang, dan bertanyakan kepada kami samada masih cukup atau tidak penumpang. Tetapi semuanya membisu dan menjangkakan masih ada lagi yang belum naik kerana melihat kepada beg-beg yang masih ada dalam bas. 

Pemandu turun kembali daripada bas. Selang beberapa  minit, pemandu bertanya lagi. Kali ini menanyakan siakah kepunyaan beg tersebut. Lalu ada penumpang yang tidak pernah turun bersuara dan menyatakan beg terserbut adalah kepunyaannya. Pemandu menanyakan kepadanya kenapa tidak menjawab tadi? Penumpang itu menjawab dengan jawapan "saja-saja". Dengan perasaan yang agak marah, pemandu itu pun pergi ke bahagian pemandu dengan tanpa bersuara sepatah pun. Ketka itu, dalam hatiku ini bersuara "mengapakah penumpang tersebut semacam tidak mempunyai sikap sopan santun"? Aku sendiri pun berasa amat marah kepada penumpang tersebut. Tetapi terpaksa mendiamkan diri sahaja supaya tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini. 

Inilah kesilapanku kerana agak cuai tentang dompet...Insyaallah, aku mesti berwaspada....

Ulasan

  1. masa tu tk kahwin lagi ke Joe...
    mimpi makwe kat sungai tong kot...
    tu ttinggal dompet tuuuuuuuu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Menjaring Punai Daun dan ngobok cang

Aku kemalangan dengan ................