Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Solat sambil lewa tak beri ketenangan

Solat sambil lewa tak beri ketenangan RASULULLAH bersabda yang bermasud: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain." (Hadis riwayat at-Tirmidzi) Seorang mukmin sejati tidak cuai dalam melaksanakan ibadat solat fardu diwajibkan termasuk menjaga waktu, mematuhi tertib solat di samping mengerjakan ibadat sunat yang termampu olehnya. Sesungguhnya jika solat dikerjakan dengan sempurna ia dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar sebaliknya mereka yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak dapat merasai ketenangan dan ketakwaan se

Banjir Besar Nabi Nuh

Banjir besar NABI Nuh telah dilantik oleh Allah untuk membimbing kaumnya supaya menyembah Allah. Pada waktu itu, kaum Nabi Nuh hidup dalam kekufuran. Mereka menyembah berhala yang dibuat oleh mereka sendiri. Baginda tetap menjalankan perintah Allah untuk menyeru kaumnya supaya tidak menyembah berhala lagi. Walaupun begitu, hanya sedikit sahaja daripada kaumnya yang beriman kepada Allah. Nabi Nuh mula berasa putus asa. Lalu, baginda pun berdoa kepada Allah. Nabi Nuh mengadu kepada Allah mengenai sikap kaumnya. Maka, Allah pun mengkabulkan doa baginda. Allah memerintahkan Nabi Nuh supaya membina sebuah kapal yang besar. Dengan bantuan daripada Allah, Nabi Nuh pun membina kapal tersebut. Apabila kapal tersebut telah siap, Nabi Nuh pun membawa setiap jenis haiwan yang berpasangan ke atas kapal. Nabi Nuh juga mengumpul benih-benih tumbuhan untuk disimpan dalam kapal tersebut. Selepas itu,  Nabi Nuh pun menyuruh semua pengikutnya naik ke atas kapal lalu menyeru: "Wahai oran

Takutlah kepada Kuasa Allah

Takutlah kepada Kuasa Allah IMAM Fakhru al-Razi menerangkan hubungan ayat ini dengan sebelumnya seraya berkata: Ketahuilah bahawa maksud daripada kitab yang mulia ini untuk menarik hati dan roh daripada sibuk dengan makhluk kepada tenggelam untuk makrifatullah . Ayat ke-190 Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Sebab nuzul Ibn Jauzi menyebut tiga pendapat berkenaan dengan sebab nuzul: Pertama: Orang Quraish bertanya kepada Yahudi: Apakah yang dibawa kepada kamu oleh Musa? Jawab mereka: Tongkat dan tangannya yang bercahaya. Mereka bertanya kepada Nasara: Apa yang dibawa kepada kamu oleh Isa? Jawab mereka: Menyembuhkan sopak, kusta dan menghidupkan yang mati. Kemudian mereka datang kepada Nabi seraya berkata: Doalah kepada Tuhanmu supaya Allah menjadikan kami bukit Sofa sebagai emas. Lantas turunny

Aku kemalangan dengan ................

Masih ku ingat... Pada masa lebih kurang tahun 2005 iaitu 22hb/10/2005 pukul 5.30 petang, aku terlibat dengan kemalangan yang paling tidak dapat aku lupakan. Pada 20/10/2005 iaitu hari terakhir aku mengajar sebagai guru ganti di SK Sri Langkap, Sungai Tong dan 2 hari kemudiannya aku terlibat dengan kemalangan tersebut. Pada hari kejadian, ibu bapaku telah mengajak aku ke besut untuk menghantar adik aku di sekolah swasta untuk mengambil peperiksaan STPM. Namun, ajakannya aku tolak kerana pada masa itu aku sedang memanaskan motosikal RXZ aku. Tujuannya aku ingin menghantar surat jemputan perkahwinan anak kepada seorang guru yang aku kenali iaitu Cikgu Hamid kepada sepupu ayahku. Ibu bapaku tidak kata apa-apa...Bermula saat inilah aku ni bagai dirasuk dan tidak mengingat apa-apa cerita selepas itu... Selepas beberapa hari, barulah aku tersedar yang aku sedang berada di hospital semasa ibu bapaku ingin membawa aku pulang ke rumah. Walaupun aku belum sembuh sepenuhnya, semasa hendak pulan

Rahsia di sebalik kewajipan solat

IBADAT solat difardukan ke atas setiap Muslim bagi menunjukkan kepatuhan penuh ikhlas seorang hamba terhadap pencipta-Nya Yang Maha Esa. Solat sebenarnya mempunyai seninya yang tersendiri di samping 1001 rahsia yang belum dirungkai sepenuhnya, kecuali kita mengetahuinya sebagai ibadat diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Rahsia ketenangan dapat dirasai apabila dapat mengerjakan solat dengan betul dan khusyuk. Solat yang ditunaikan dengan rasa khusyuk, tawaduk dan hanya mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata, akan membuahkan kenikmatan dan rahmat yang memenuhi segala aspek kehidupan dunia dan akhirat. Baru-baru ini Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dengan kerjasama Masjid Umar Al-Khattab telah menganjurkan seminar 'Solat dari Perspektif Sains' di Bukit Damansara pada 23 Januari lalu. Program tersebut telah menghimpunkan seramai 200 orang hadirin yang terdiri daripada saudara Muslim, mualaf dan penduduk setempat. Pengarah Program, Mohd. Mustaqiim

Solat Tahajud dapat kukuhkan iman dan elakkan khianat

Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat DARIPADA Abdullah, katanya: "Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya." Hadis riwayat al-Bukhari. Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai. Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.  Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca a

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah

Berdakwah perlu secara sederhana, tidak terlalu berlebihan atau ambil mudah      PROVOKASI ternyata gagal membakar kemarahan rakyat Malaysia yang semakin matang berfikir dan bertindak. Kes penemuan kepala babi di masjid dan pembakaran beberapa gereja oleh individu yang mahu menangguk di air keruh dihadapi dengan cukup berwaspada.       Tidak seperti di sesetengah negara Islam yang amat mudah dirangsang bara permusuhan antara etnik dan agama, rakyat Malaysia cukup rasional. Mereka amat menjaga sensitiviti saudara sebangsa serta menghormati kepercayaan agama lain. Inilah kekuatan umat Islam yang sememangnya dituntut agama kita.    Setelah membina kekuatan besar di Madinah, Rasulullah pernah ditegah memasuki Makkah untuk menunaikan umrah oleh orang kafir. Pada hal ketika itu Madinah muncul menjadi negara Islam yang semakin kuat.    Bagaimanapun, Rasulullah akur dengan keputusan perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai bersama kafir Quraisy. Sehinggakan sahabat tidak be

Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk

Doa memohon perlindungan dari kejahatan semua makhluk 'Ya Allah, Tuhan kami. Engkau Tuhan, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau. Kepada Engkau kami bertawakal dan Engkaulah Tuhan Arasy Yang Maha Besar.   Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjaya dan menggagalkan sesuatu melainkan dengan keizinan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa. Dan, sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu. Ya Allah. Tuhan kami. Sesungguhnya kami memohon berlindung dengan Engkau daripada kejahatan dan keburukan pada diri kami dan daripada kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata (jin, syaitan, binatang dan manusia). Engkaulah yang mengawasi ubun-ubunnya (segala gerak geri). Sesungguhnya Tuhan kami di atas jalan yang benar. Dan, cucurilah rahmat dan ke

Bahaya Wahabi

Bahaya Wahabi      GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.       GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah. Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu. Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat. Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa Maksudnya ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu air muka rupa atau wajah seseorang ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa anak yang disayangi oleh bapa anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa pasa

ADIL & ZALIM

ADIL & ZALIM Fenomena dalam masyarakat  Manusia mempunyai dua sifat semulajadi iaitu zalim dan adil. Kedua-dua sifat ini menyebabkan mereka sesat dan tidak melaksanakan amanah Allah Taala. Akibatnya mereka hidup dalam keadaan kufur dan tidak aman. Untuk menyelamatkan mereka daripada keadaan tersebut Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui memberi hidayah dengan menurunkan Al-Quran dan mengutuskan Rasul supaya mereka dapat berlaku adil dan mempunyai ilmu untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan keadilan. Ayat Al-Quran berikut merakamkan kenyataan di atas: (Surah Al-Ahzab ayat 72) Ertinya: Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), m