Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Tip memancing di muara

Sebelum memulakannya, terlebih dahulu perlu melakukan tinjauan mengenai pasang surut dan kejernihan air laut serta cuaca terlebih dulu supaya trip sebenar memberi laba memberangsangkan. Lontaran gewang beberapa kali ke kawasan agak dalam dan berbatu boleh memperdayakan ikan dengan gelekan gewang. Jika ingin menaikkan ikan jenis gerepoh, perlu menggunakan gewang pensil hasil teknik ‘walk the dog’ bersaiz 3 sentimeter. Petua mereka yang selalu diamalkan, balingan di zon berhampiran tembok pemecah ombak pasti membuahkan hasil kerana kebiasaan kumpulan ikan berlegar di situ. Tip menggewang di muara Menggunakan gewang jenis selaman dalam dan permukaan berwarna cerah. Joran aksi sederhana enam hingga tujuh kaki  Perambut kejutan dari jenis halimunan.  Tali utama jenis sulam 25 paun. Kekili jenis mendatar siri 2500 hingga 4000.

Kelah keniam rakus sawit masak ranum

Man Memerang bersama Nazir dan Karim Janggut senyap-senyap menghilangkan diri untuk menjejak Lubuk Panjang serta Lubuk Lima Minit dengan seguni kelapa sawit peram sebagai ‘hadiah’ untuk penghuni Sungai Keniam Kecil. Berbekalkan kelapa sawit masak ranum , joran pada lubuk berarus deras nyata amat berbaloi apabila tidak sampai 10 minit, rentapan keras berlaku sehingga set joran nyaris terhumban ke dalam sungai. Selepas bertarung hampir lima minit, seekor seluang badar hampir sekilogram didaratkan.Selepas beberapa kali mengarau, kilat Mislan disambar sebarau seberat sekilogram. Selepas bertarung hampir 15 minit, seekor kelah seberat 2 kilogram tumpas berbekalkan umpan sawit masak ranum.

Dedak sesuai untuk rohu, telinga gajah

Soalan kepada Pok Muds:  1. Kalau kita pancing menggunakan gewang adakah perlu pakai ladung?. Jika ya apakah saiz batu ladung yang sesuai? 2. Adakah umpan dedak yang digunakan untuk memancing rohu sesuai untuk memancing ikan telinga gajah? 3. Apa umpan yang sesuai digunakan untuk memancing di tasik?: Jawapan 1. Ada tiga jenis selaman gewang iaitu selaman dalam (deep running), selaman cetek (shallow) dan jenis terapung (floating). Gewang sebenarnya direka tanpa perlu pemancing menggunakan batu ladung. Namun jika faktor air laju/deras, kelajuan bot tundaan bertalu laju dan ikan mudah mengena jika gewang menyelam jauh ke dalam air, maka menggunakan ladung adalah pilihan terakhir. 2. Ya, boleh menggunakan dedak yang sama jenis. Cuma beza keadaan air. Rohu mendiami kolam di mana hampir tiada arus sama sekali. Manakala telinga gajah mendiami laut terbuka yang berarus. Dedak untuk kawasan berarus perlu lebih pekat dan likat sedikit supaya ia tidak mudah tertanggal apabil

Teknik pancing temelian dan jenis umpan

Imej
(ADNAN memeluk temelian gergasi Sungai Semantan sebesar budak berusia tujuh tahun) Apabila kita mengetahui ikan besar sudah tersangkut di mata kail, biarkan ikan berkenaan meloloskan diri. Tetapi berwaspada dengan keadaan lubuk terutama reba kayu ataupun batu yang memungkinkan tali terputus. Apabila ia berhenti, segera mengkarau tali dan cuba menaikkannya ke separuh air, jika gagal jentik tali utama bagi memanipulasikan ikan berkenaan. Kebiasaannya apabila tali pantas keluar daripada gelendung kekili, hujung joran akan panas dan ia boleh memutuskan tali berkenaan. Bagi mengatasinya, rendam hujung joran ketika proses mengkarau tali.      Melayan aksi ganas temelian umpama cuba memberhentikan sebuah enjin bot sedang memecut laju. Kalau menahannya tali utama 100 paun pun boleh putus atau mata kail boleh lurus, jadi bagi mengatasinya, biarkan sehingga ikan keletihan, tetapi memakan masa.       Selalunya pemancing tidak boleh bersabar dan ingin cepat menewaskan i

Bedah jantung di IJN

Terkejut akuuuu... Pada 1/3/10, aku telah menghubungi orang yang rapat denganku iaitu Kak Azozaila. Kak Azozaila telah menghubungi aku pada 28/2/10, tetapi aku tidak menyambut panggilannya kerana aku tertidur. Pada keesokannya, aku menghubunginya dan bertanya kenapa menghubungiku? Aku pun diberitahu dia berada di Kuala Lumpur. Aku gembira kerana ingatkan dia saja-saja berjalan-jalan. Tetapi rupanya dia memberitahuku bahawa dia menjaga ibunya yang akan menjalani pembedahan jantung. Sebelum ini, aku tidak diberitahu ibunya sakit... sambung kemudian