Aku masih teringat lagi sewaktu aku naik bas mutiara balik ke Terengganu pada 23/04/2010 pukul 10.00 malam. Sewaktu sampai sahaja hentian rehat di chendor iaitu di sempadan Kemaman, aku makan nasi goreng. Sejam kemudian, bas pun bergerak lagi. Aku pun tidur. Tidak lama kemudian, aku tersedar . Ketika itu, berada di Dungun. Bas berhenti sekejap kerana ada seorang perempuan mahu turun pergi buang air di tandas masjid. Perut aku sudah terasa nak buang air, tetapi aku masih tahan. Bas kembali bergerak. Tidak lama kemudian, perut aku semakin tak boleh tahan dan aku meminta pemandu bas berhenti di tempat yang boleh buang air. Kebetulan aku kenal dengan pemandu itu. Namanya Pokya Gong Terap. Dia pun berhenti di depan surau Kampung Merchang. Aku pun pergi ke tandas. Mentol dalam tandas itu tidak menyala. Semasa aku nak buang air, telefon bimbit aku terjatuh. Aku pun mengambilnya kembali dalam keadaan yang gelap. Setelah selesai, aku kembali ke bas. Dalam perjalan...