Candat sotong


 Untuk mencandat sotong, pemancing perlu menyediakan:
  • Set joran ringan iaitu kekili mendatar
  • Joran sepanjang enam kaki kelas ringan
  • Berumpan gewang khas (twist).

Masa - Masa sesuai adalah sewaktu bulan cerah antara 13 hingga 18 hari bulan Islam setiap bulan. Pada waktu begini sotong mudah tertarik dengan candat yang dihulurkan. Jika bernasib baik, pemancing berpeluang melihat sotong yang timbul di permukaan air kerana tertarik dengan cahaya lampu dalam bot. 

Di perairan Pantai Timur, malam adalah waktu terbaik mencandat sotong walaupun ia sebenarnya boleh juga dicandat waktu siang. Untuk mencandat pada waktu ini, kecekapan tekong diperlukan untuk mengesan tempat sotong bertelur atau popular dinamakan ‘kandang’. Jika kandang dapat dikesan oleh tekong, mencandat pada waktu siang lebih menyeronokkan. 

Teknik mencandat menggunakan gewang berwarna merah putih atau popularnya ‘candat mayat’ sangat laku untuk menjerat sotong dalam kandang terbabit. Apabila candat itu sampai ke dasar, ia perlu dihenjut secara perlahan-lahan untuk menarik minat sotong. Selepas mengena, kekili dikarau secara berhati-hati kerana dikhuatiri sotong terlepas kerana sesungutnya boleh putus sekiranya menerima tekanan yang kuat itu.






Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah