Cara elak umpan terlucut

Pok Mud's jawab:
     Terdapat sejenis mata kail yang sesuai untuk menangani masalah ini iaitu mata kail yang tertulis ‘baitholder’. Mata kail jenis ini mempunyai peranan menahan umpan pada mata kail terlucut dengan mudah. Biasanya terdapat dua duri pandan pada penghujung batang mata kail jenis ini. Perumpun akan berada pada kedudukannya selagi tidak diganggu atau dimakan ikan. 

     Bila membincangkan umpan perumpun, ia biasanya dikaitkan dengan pancingan ikan kecil. Saiz mata kail yang disarankan ialah nombor 17 hingga 11 jenis Oshaughnessy atau ‘long shank’. Saiz ini sama besar dengan mata siap appolo nombor 9 hingga 13. Jangan guna mata kail ‘live bait’ atau Octopus kerana cirinya tidak sesuai dengan penggunaan perumpun. 

     Jika bimbang ikan besar mengena mata kail kecil, dapatkan mata kail jenama dan berkualiti di mana ia mempunyai kekuatan yang cukup menahan asakan ikan besar. Yang penting anda perlu mengenali ikan yang hendak dipancing. Saiz ikan buruan akan memberi petunjuk kepada pemancing mengenai saiz mata kail yang sesuai digunakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah