Sunat berdiam diri ketika dengar bacaan al-Quran


 Apabila kita mendengar orang membaca al-Quran, kita disunatkan untuk berdiam dan memperhatikan bacaan itu seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Araf ayat 204 yang bermaksud: Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat. 

Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, dalam ayat itu, Allah SWT memerintahkan agar kita mendengar sambil berdiam diri, baik di dalam solat mahu pun di luar solat, kecuali dalam solat berjemaah. Ketika itu makmum boleh membaca al-Fatihah sendiri atau mendengarkan saja ketika imam membaca ayat al-Quran.

Menurut Ibn Kathir dalam tafsirnya iaitu sekelompok ulama berpendapat bahawa ketika dalam solat yang di-jahr-kan (dikuatkan) bacaannya oleh imam, makmum tidak wajib membaca bacaan yang di-jahr-kan oleh imam, baik surah al-Fatihah mahu pun bacaan al-Quran lainnya.


Dalam hal itu juga salah satu daripada dua pendapat Imam asy-Syafie iaitu Qaul Qadim (pendapat lama), juga pendapat Imam Malik dan sebuah riwayat daripada Imam Ahmad bin Hambal, berdasarkan dalil-dalilnya. Menurut (Qaul Jadid), pendapat Imam asy-Syafie yang baru, dalam solat yang di-jahr-kan bacaannya, seorang makmum hanya diwajibkan membaca surah al-Fatihah saja pada saat-saat berhentinya imam. Ini pendapat sekelompok sahabat dan tabiin, dan Tabiut Tabiin.


Abu Hanifah dan Ahmad bin Hambal berkata: Seorang makmum tidak diwajibkan sama sekali membaca bacaan, baik dalam solat yang di-sirr-kan (diperlahankan) mahupun yang di-jahr-kan (dikuatkan). Berdasarkan sabda Rasulullah SAW: Barang siapa solat bersama imam, maka bacaan imam itu adalah bacaan baginya. (Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya. Adapun dalam kitab al-Muwaththa, karya Imam Malik, daripada Wahab bin Kaisan, daripada Jabir, sebagai hadis mauquf. Dan inilah yang lebih benar).

Imam Abu Abdillah al-Bukhari sudah memaparkan secara khusus dalam sebuah kitab tersendiri dan beliau memilih untuk mewajibkan bacaan bagi makmum di belakang imam, baik dalam solat yang diperlahankan atau dikuatkan. Wallahualam.

BH. 4/4/10

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ADIL & ZALIM

Aku kemalangan dengan ................

Tajdid Iman: Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah