Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Allah rahsiakan bila kiamat

Allah rahsiakan bila kiamat Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI Al-Maraghi berkata: Selepas Allah SWT menjelaskan kekuasaan-Nya dengan kebangkitan semula orang yang telah mati sebagaimana Dia berkuasa mencipta alam semesta. Kemudian Dia menerangkan berkenaan kebenaran yang diwahyukan kepada nabi-Nya bahawa hari kebangkitan manusia adalah milik Allah Tuhan Alam Semesta.  Ketika malapetakanya yang hebat melebihi segala bencana itu datang, ketika segala perbuatan diperlihatkan kepada para pengamalnya ketika itulah manusia mengingati apa yang telah dilakukannya.  Allah SWT memperlihatkan neraka di hadapan manusia sehingga semua mata dapat melihatnya. Pada hari itulah ditimpakan pembalasan kepada manusia yang melampaui batasan syariat Allah. Ini kerana mereka mengutamakan kelazatan dunia dari akhirat untuk mereka itulah neraka sebagai tempat azab. Sementara manusia yang takut kepada kebesaran dan keagungan Tuhan-Nya serta mengawal hawa nafsunya, maka sudah pasti syurga tempa

Kebolehan Nabi Isa mengetahui perkara ghaib

Kebolehan Nabi Isa mengetahui perkara ghaib SEJAK kecil, Nabi Isa menunjukkan sifat-sifat mulia berkat asuhan dan didikan ibu baginda, Maryam. Baginda merupakan seorang kanak-kanak yang bijak yang mana ia melebihi kawan-kawan sebaya, malah melebihi orang dewasa. Baginda membesar dan menjadi kanak-kanak yang sihat. Baginda juga merupakan kanak-kanak yang periang dan peramah sehingga mendapat ramai kawan. Nabi Isa tidak pernah menyakiti hati kawan-kawannya. Pada suatu hari, Nabi Isa bermain teka-meneka dengan kawan-kawannya. Baginda meneka dengan tepat apa saja yang ditanya oleh kawan baginda. Baginda bertanya kepada salah seorang kawan: "Tahukah engkau makanan apa yang ibumu sembunyikan?" "Tidak. Apa yang disembunyikan oleh ibuku?" tanya kawannya itu tidak sabar-sabar lagi. "Pagi tadi, ibumu ke pasar. Dia membeli buah epal, tetapi dia tidak mahu kamu mengambilnya. Lalu disembunyikannya," cerita Nabi Isa. Tanpa berlengah lagi, kawan baginda itu

Penjelasan tentang zihar

SOALAN: ADAKAH jatuh zihar sekiranya secara bergurau saya berkata pada isteri saya (ketika membeli kasut) "tahulah kaki awak sama dengan kaki mak saya" (merujuk pada bentuk). Bagaimana untuk menebus zihar tersebut sekiranya ia terjadi. JAWAPAN: Tidak disabitkan jatuh hukum zihar ke atas pasangan suami isteri dalam senario ini kerana kekurangan syarat zihar yang ketiga dan keenam daripada syarat-syarat zihar di bawah: 1. Suami mestilah seorang yang Muslim dan sudah baligh (mukalaf). 2. Hubungan suami-isteri di antara mereka hendaklah masih sah. 3. Gaya bahasa (sighah) lafaz yang digunakan oleh suami memang bermaksud untuk menziharkan isteri. 4. Perumpamaan yang dikenakan oleh suami kepada isteri secara keseluruhan dirinya atau sebahagian sahaja. 5. Persamaan yang disebut di antara isterinya dengan mana-mana perempuan lain yang haram baginya nikah sama ada sementara atau selama-lamanya. 6. Persamaan yang disebut membawa makna haramnya hubungan suami-isteri di antar

Cara ikan air tawar makan umpan

Pok Mud's: Cara ikan air tawar makan umpan SMS soalan ke 019-3657489 utusan, 2010/04/10 Assalamualaikum Pok Mud’s. 1. Bagaimana untuk mengetahui ikan air tawar makan umpan kerana banyak sentapan mengena badan bukannya mulut? 2. Apakah tangsi yang sesuai untuk pancing kolam sebab yang saya guna selalu kerinting hujungnya. Saiz tangsi yang sesuai?  3. J enama mata kail yang sesuai untuk kolam air tawar dan saiznya ? Jawapan 1. Kebanyakan ikan air tawar terutama spesies karp akan memakan umpan secara menyedut. Ia tidak seperti spesies ikan bergigi atau pemburu di mana umpan disambar atau ditelan secara rakus. Ikan yang menyedut makanan tidak akan melarikan umpan berkenaan, sebaliknya duduk diam sambil menyedutnya berulang kali jika umpan terlalu besar. Jika dilihat tabiat ikan ini memakan umpan, ia akan sedut kemudian meluahkannya kembali, sedut lagi dan meluahkan semula. Secara tidak langsung sekiranya umpan dedak digunakan, ia akan mengecil seti

Kelah Janggut

Imej
Kelah Janggut Oleh Zulhilmi Hat beritaharian, 2010/04/10 BOY memperoleh kelah seberat 2kg di Lubuk Janggut. JERANTUT: Misi memancing kelah merah (Tor tambroides) di Lubuk Janggut di sebatang sungai yang dirahsiakan disifatkan berjaya apabila beberapa ekor spesies itu berjaya dijinakkan ke tebing. Berpegang kepada pepatah ‘ di mana ada air di situ ada ikan’ , Team Redah - Boy, Mael, Acik, Zul, Dollah, Kamil dan Amin selaku juru pandu mensasarkan lubuk itu selepas melalui perjalanan sukar menunggang motosikal lasak sebelum meredah laluan belantara. Laluan bermula dari Felda Selancar dan memakan masa tujuh jam.  Penat berjalan meredah hutan hingga lewat petang, akhirnya tiba di lubuk yang dituju. Boy selaku ketua dilantik menjadi ‘jurutera’ mendirikan khemah dan tempat memasak untuk ekspedisi tiga hari empat malam itu. Selepas semua siap, mereka berehat bagi memulihkan tenaga untuk satu aktiviti hebat hari esoknya. Seawal jam 6.30 pagi, Mael bergegas memasang umpan

Lelaki syurga pasangan wanita soleh

Soalan Agama: Lelaki syurga pasangan wanita soleh Utusan 2010/04/18 Soalan: SAYA pernah terfikir iaitu kaum Muslimin yang soleh ketika matinya akan disambut oleh bidadari di alam Mahsyar. Kalau kaum Muslimat, siapa yang menyambutnya? Jawapan: Bidadari yang saudari maksudkan itu di dalam bahasa al-Quran disebut al-Hurul Ain, al-Hurul jamak daripada perkataan Haura’ ertinya perempuan yang putih, manakala al-Ain asalnya Uyun, jamak daripada Aina ertinya perempuan yang jeli matanya. Maka, al-Hurul ‘Ain atau bidadari itu adalah perempuan yang putih bersih warna kulitnya lagi indah dan jeli keadaan dua matanya.  Bidadari itu bukanlah daripada kalangan perempuan dunia dan bukanlah anak Adam atau manusia. Jika kita melihat sebahagian hadis ada menyatakan paling kurang daripada isteri seorang dalam syurga adalah dua orang perempuan anak Adam, dan tujuh orang bidadari. Kalau manusia daripada tanah, bahan yang menciptakan bidadari adalah daripada mutiara sebagai mana sesete

Sunat membaca Bismillah ketika sembelih haiwan

Soalan Agama: Sunat membaca Bismillah ketika sembelih haiwan utusan 2010/04/18 Soalan: ADAKAH haram hukum binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah?  Jawapan: Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 3 yang bermaksud: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah…”   Sebenarnya hukum halalnya suatu penyembelihan tidaklah disyaratkan menyebut nama Allah SWT. Yang disyaratkan ialah jangan menyembelih dengan menyebut nama selain Allah. Contohnya, seseorang berkata, “aku menyembelih dengan nama dewa gunung” dan seumpamanya. Hukum membaca Bismillah ketika menyembelih adalah disunatkan. Di dalam kitab al-Muhazzab, Juz 1, muka surat 252 sebagai berikut (yang bermaksud): “Maka jika si penyembelih itu meninggalkan Bismillah, tidaklah haram kerana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah rha bahawa satu kaum da

Berlaga pipi bukan muhrim haram

Soalan Agama: Berlaga pipi bukan muhrim haram   utusan 2010/04/18 Perbuatan didorong hawa nafsu bertentangan dengan apa ditetapkan Allah  Soalan: SAYA malu melihat satu trend ketika ini lelaki dan wanita Islam tidak segan berpelukan dan berlaga pipi sewaktu bertemu dan mengucapkan selamat tinggal. Saya pernah bertanya kepada tuan punya badan dan jawapan diberikan ialah perbuatan itu sekadar mempamerkan kemesraan tanpa sebarang perasaan ghairah. Apakah jawapan itu boleh diterima? MUSYKIL, Cheras. Jawapan: Apabila kita menyebut mengenai agama atau syariat, ia bukanlah sesuatu yang ditetapkan oleh hawa nafsu tetapi oleh Allah. Biasanya yang disukai oleh hawa nafsu ini bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh Allah SWT. Hawa nafsu bukanlah boleh diikuti sepenuhnya tetapi perlu dikawal dan diatur. Sekiranya manusia itu mengikut sepenuhnya hawa nafsu, ia tidak ubah seperti haiwan, bahkan lebih rendah daripada haiwan. Allah SWT berfirman dalam surah Mukminun ayat 7

Salman al-Farisi pakar strategi peperangan takluk Parsi

Ilmuan Islam: Salman al-Farisi pakar strategi peperangan takluk Parsi 2010/04/18 KEJUTAN antara senjata ampuh dalam peperangan. Itulah yang berlaku dalam Perang Khandak (Parit). Selepas kejayaan tentera Quraisy mengalahkan umat Islam pada perang Uhud, mereka ingin melakukannya lagi dalam perang Khandak pada 6 Hijrah. Dengan pakatan orang Yahudi Madinah daripada puak Bani Nadir dan jumlah tentera melebihi 10,000 pasukan, tentera gabungan kaum musyrik di bawah pimpinan Abu Sufyan ibn Harb menyerang Madinah. Tentera Islam dengan kepemimpinan Nabi SAW hanya berjumlah 3,000 pasukan, manakala pihak musuh pula 10,000 orang. Mesyuarat pun diadakan untuk mencari kesepakatan yang terbaik dalam mempertahankan Madinah.  “Wahai Rasulullah,” jelas suara seseorang mula mengemukakan pendapatnya. “Mengapa kita tidak membuat parit di sekeliling Madinah? Cara ini biasa kami lakukan dalam menghadapi peperangan.” Semua yang mendengar terpegun dan berasa hairan. Membuat pa

Antara malaikat, perang dan nuklear

Ulul Albab: Antara malaikat, perang dan nuklear Oleh Abdurrahman Haqqi 2010/04/18 Peristiwa pembunuhan pertama hingga kini disebabkan sifat rakus manusia capai tujuan MENGAPA malaikat sampai bertanya: "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan)," ketika difirmankan kepada mereka oleh Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." (Surah al-Baqarah: 30).  Dari mana malaikat mendapat tahu bahawa ‘khalifah’ itu akan membuat bencana dan saling membunuh? Kalangan ulama tafsir termasuk Imam al-Syaukani dalam kitab tafsirnya, Fath al-Qadir sudah memberikan beberapa jawapan. Antara jawapan itu ada yang menyatakan bahawa Allah SWT sudah memberitahu mereka apa yang akan dilakukan khalifah itu termasuk membuat bencana, saling dengki-mendengki dan saling membunuh.   Bahkan menurut Ibnu Abbas, Ibnu Mas’ud dan sahabat yang lain, Allah SWT

Permulaan Tahun Dukacita Nabi SAW

Permulaan Tahun Dukacita Nabi SAW Susunan SITI AINIZA KAMSARI TAHUN ke-10 selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW itu banyak mencatatkan peristiwa bersejarah selepas berakhirnya tempoh sekatan ekonomi terhadap umat Islam. Ini kerana sedikit sebanyak sekatan yang menyebabkan penderitaan umat Islam itu turut memberi kesan terutamanya kepada mereka yang berusia lanjut, seperti bapa saudara kesayangan nabi, Abu Talib.  Bapa saudara baginda menghembus nafas terakhirnya pada tahun tersebut iaitu pada bulan Rejab, enam bulan selepas berakhirnya episod memboikot umat Islam itu.  Di samping usianya yang begitu lanjut iaitu dikatakan 80 tahun, Abu Talib bukan sahaja lemah kerana ditelan usia tetapi pelbagai tekanan dan ujian yang beliau tanggung kerana selama ini, iaitu selama 42 tahun yang begitu melindungi anak saudaranya itu.  Taraf kesihatan Abu Talib yang semakin membimbangkan itu sampai ke pengetahuan orang ramai. Kalangan para pembesar Quraisy yang masih kafir terus beranggapa

Semut bersama Nabi Sulaiman

Semut bersama Nabi Sulaiman PADA zaman Nabi Sulaiman, semut-semut hidup dengan aman dan damai. Mereka saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Setiap pergerakan mereka mesti bersama dan berkumpulan. Sekiranya salah seekor sahaja daripada mereka menjumpai makanan, mereka tetap akan makan bersama. Begitulah kehidupan mereka setiap hari. "Assalamualaikum tuanku," kata salah seekor daripada pahlawan semut. "Waalaikummussalam," jawab Permaisuri Semut. "Kenapa kamu datang ke sini dengan tergesa-gesa?" tanya Raja Semut. "Sebenarnya aku mendapat khabar berita bahawa Nabi Sulaiman bersama bala tenteranya menuju ke negara kita. Apa yang harus kita buat, tuanku?" tanya pahlawan semut. Permaisuri Semut itu risau sekiranya angkatan tentera Nabi Sulaiman yang ramai dan besar memijak rakyatnya yang kecil itu. Lalu ia mencari jalan untuk menyelamatkan mereka. Tanpa membuang masa, Permaisuri Semut memanggil pahlawan-pahlawannya untuk membincan

Larang doakan orang kafir

Larang doakan orang kafir SOALAN: SAYA adalah saudara Muslim. Baru-baru ini ibu saya (Kristian) meninggal dunia. Sayangnya saya tidak sempat mengajaknya memeluk Islam. Saya amat sedih. Adakah saya boleh mendoakan ibu saya sebagai mana anak-anak Muslim boleh mendoakan ibu bapa yang telah meninggal dunia? JAWAPAN: Niat anda sangat murni sebagai seorang anak yang secara fitrahnya menyayangi ibu bapa yang telah membawanya ke dunia ini. Malangnya, harapan yang sama juga tidak dapat direalisasikan, hatta para nabi atas titah perintah daripada Allah SWT yang lebih berhak ke atas kita para makhluk-Nya. Al-Quran merakamkan kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan ayahandanya di dalam surah al-Mumtahanah ayat 1-9.: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang merek

Waspada riwayat Israiliyyat

Waspada riwayat Israiliyyat Oleh SITI AINIZA KAMSARI Kalangan umat Islam sendiri termakan malah langsung tidak menolak kisah-kisah yang dibawakan oleh kaum Yahudi, hanya kerana ada kalangan kaum itu yang telah memeluk Islam. Sedangkan mereka memeluk Islam itu pada sekadar zahirnya sahaja.  Mereka inilah digelar sebagai antara golongan zindik (selain Nasrani, Parsi dan Rom) yang berusaha dengan pelbagai jalan untuk merosakkan agama dan menimbulkan keraguan di kalangan manusia terhadap Islam. Pernahkah anda mendengar nama Abdullah bin Saba'? Seorang Yahudi yang hina merayau ke seluruh kawasan dan menghasut orang ramai.  Beliau telah menyembunyikan racun yang disebarkannya kononnya cintakan Saidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah dan Ahli Bait (keluarga Rasulullah).  Abdullah menyebarkan Saidina Ali adalah orang yang memegang wasiat dari Rasulullah, yang kononnya paling layak menjadi Khalifah mengatasi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab. Abdullah telah menc